Sejarah Sekolah Kebangsaan Ketereh
Pada mula-mulanya dibuka sebuah kelas dewasa bertempat dibangsal menempa besi kepunyaan Encik Taib tukang besi menantu Penghulu Awang. Kelas ini diusahakan oleh Penghulu Che Deraman bertujuan untuk mengajar orang – orang kampong mengenal dan membaca resit – resit tanah. Pada masa itu tiada yang pandai membaca dan menulis. Setelah beberapa bulan , dibuka pula kelas untuk kanak-kanak. Kelas ini terpaksa ditutup kerana guru yang mengajar berpindah ke tempat lain.
Pada tahun 1927 , datang seorang guru dari Perak bernama Abdullah bin Sunan. Beliau membuka semula kelas tersebut dengan keramaian 60 orang murid. Pada malam di adakan kelas untuk orang dewasa untuk mempelajari agama yang di ajar oleh Tok Guru Haji Ismail. Oleh kerana ketiadaan bangunan untuk belajar, murid di tempatkan di setor kereta.
Pengasah sekolah ini terdiri daripada:
1. Cikgu Abdullah b. Sunan
2. En. Awang b. Mohamed – seorang Peladang
3. Penghulu Deraman
4. To’ Che Mat – Peniaga
5. Penghulu Haji Yusof – Ketua Kampung
6. Lebai Mamat b. Wangsa – Penggawa
Pada akhir tahun 1927 sekali lagi sekolah ini terpaksa ditutup kerana Cikgu Abdullah b. Sunan terpaksa mengikuti kursus penguruan di Kota Bharu.
Pada awal tahun 1927 , Sekolah Ketereh telah dibuka oleh kerajaan.
Penduduk kampong bergotong-royong mendirikan bangunan sekolah dua tingkat yang diketuai oleh Penggawa Pangkal Kalong. Pada masa ini juga Cikgu Abdullah bin Sunan yang tamat kursus perguruan , telah dihantar oleh kerajaan untuk mengajar disini. Pada peringkat permulaan dibuka, murid hanya satu kelas. Tetapi pada tahun 1930 murid telah bertambah kepada dua kelas.
Atas desakan orang kampong , kerajaan telah meluluskan peruntukkan membuat sebuat sekolah baru ( PWD.36A) . Pada tahun 1937, kerajaan telah mula membeli tanah ( tapak asal sekolah ) yang keluasannya 6 ekar 495 depa dan membuat bangunan baru. Bangunan lama yang didirikan oleh orang kampong dirobohkan dan dijadikan rumah guru yang mengandungi 4 bilik.
Pada tahun 1954 sebuah bangunan lagi didirikan oleh kerajaan (PWD.36B). Bangunan ini mengandungi 4 bilik darjah dan satu bilik rehat guru. Pada masa ini keramaian murid 450 orang.
Pada tahun 1956 , Sekolah Ketereh di pecah kepada dua iaitu Sekolah Melayu Ketereh Laki-laki dan Sekolah Melayu Ketereh Perempuan. Dalam tahun 1961, Sekolah Malayu Ketereh Laki-laki dan Perempuan dicamtum semula menjadi sebuah sekolah sahaja dibawah jaggan seorang guru besar.
Oleh sebab pertambahan murid yang pesat , bangunan yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah keramaian murid walaupun sesi persekolahan pagi dan petang. Jawatankuasa sekolah telah berikhtiar mendirikan banguanan sekolah secara gotong-royong untuk dijadikan bangunan sekolah.
Pada bulan Disember 1973, sebuah bangunan baru dua tingkat telah siap didirikan oleh kerajaan. Ia dilengkapi dengan enam bilik darjah , satu bilik guru dan bilik guru besar. Bangunan baru ini bagi menggantikan bangunan sementara yang didirikan secara gontong-royong. Keramaian murid pada masa ini telah meningkat kepada 876 orang. Murid-murid ini ditempatkan dalam 20 aliran darjah.
Pada tahun 1976 , bilangan murid telah bertambah kepada 908 orang manakala bilangan guru seramai 25 orang. Pada tahun ini juga seorang murid , Mohd Rafdi bin Hj. Hasan dapat memasuki Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Chepa.
Pada tahun 1979, Sekolah Rendah Kebangsaan Keterah ( dahulunya Sekolah Inggeris) yang berada dalam kawasan sekolah kebangsaan ini mula berpindah ke bangunan barunya di Jalan Melor ( sekarang Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh ). Bangunan mereka yang mempunya 10 bilik darjah dan satu bilik guru telah diserahkan kepada Sekolah Kebangsaan Ketereh pada 6.1.1980. Dengan penyerah ini , bilangan bilik darjah telah bertambah menjadi 24 buah dan murid belajar dalam satu sesi sahaja (pagi sahaja ). Kemudahan lain yang terdapat pada masa ini ialah sebuat bilik tayangan dan alat Bantu mengajar serta sebuat bilik pepustakaan.
Pada tahun 1980 ini telah dinaikkan taraf ke Gred A, antara guru- guru pada masa ini sebagaimana berikut :
1. Ghazali bin Muhammad – Guru Besar
2. Hashim bin Hassan - Penolong Kanan
3. Hj. Idris bin Daud
4. Hassan bin Hj. Omar
5. Mohd Noor bin Kassim
6. Ibrahim bin Omar
7. Mohamed bin Yaakub
8. Omar bin Yusof
9. Ahmad Kamaluddin bin Mohd Salleh
10. Dam Room a/l din Mok
11. Awang bin Latif
12. Ayub bin Salleh
13. Ismail bin Mat Akib
14. Ab. Rahman bin Kassim
15. Tan Kwee Beng
16. Ismail bin Mohamed
17. Sulaiman bin Ibrahim
18. Ab.Rabhid bin Abu Seman
19. Hj. Ahmad bin Hj. Yahya
20. Wan Safiah bt. Hj. Omar
21. Azimah bt. Harum
22. Sharifah bt. Ahmad
23. Sepiah bt. Yaakub
24. Zahrah bt. Abdullah
25. Jigah bt. Ismail
26. Ling Swa Eng
27. Izan bt. Jaafar
28. Siti Nor Rani bt. Mohamed
29. Rahanal bt. Che Nor
30. Norhayati bt. Amir
31. Fatimah bt. Ail
Pada tahun 2002, Sekolah Kebangsaan Ketereh telah berubah wajah dengan siapnya bangunan baru empat tingkat , sebagaimana yang ada sekarang.